Menyebut 50-100 patah perkataan yang berbeza.
Boleh menyebut objek yang biasa yang dilihat.
Boleh menyambung 2 perkataan.
Meniru 1 dan 2 frasa perkatan.
Faham dan boleh menggunakan perkataan - 'besar' dan 'kecil'.
Faham dan boleh menyebut perbuatan yang biasa di buat - 'salam' , 'bye-bye' , 'peluk'.
Faham dan guna konsep yang biasa di lakukan - 'atas' , 'bawah', 'panas' , 'sejuk'.
Memahami penggunaan 'saya' dan 'awak'.
Memahami konsep jantina lelaki dan perempuan.
Faham dan dapat mengikut 2 langkah arahan - 'Ambil botol, letak atas meja'.
Tahu fungsi sebenar setiap permainan - cth : kereta mainan ditolak dan bermain seperti kereta sebenar.
Bermain sendiri sekurangnya 5 minit.
Bermain olok-olok secara sendirian. Contoh : anak pura-pura makan menggunakan sudu yang kosong.
Kemahiran meminta/ mendapatkan bantuan.
Memulakan interaksi menggunakan isyarat, perkataan.
Menyebut 2 suku kata. Contoh: makan (anak boleh menyebut 'ma..kan'.
Menyebut 150-300 perkataan yang berbeza.
Menyebut bunyi vokal - a , e, I , o, u.
Pertuturan difahami sekurang-kurangnya 50% oleh orang luar.
Menggunakan ayat yang bermakna dan tiada lagi bahasa sendiri / 'jargon'.
Menyebut perkataan yang mempunyai gabungan konsonan+vokal+konsonan.
Bertanya 'apa' dan 'mana'.
Boleh bertanya soalan, menjawab soalan dan sedar perkara yang betul.
Memulangkan permainan dengan mudah selepas habis bermain.
Bermain sendiri sekurangnya 10 minit.
Anak dapat memberitahu dengan perkataan/aksi apa yang anda/anak perlu buat semasa bermain olok-olok.
Menyebut lebih daripada 500 perkataan.
Menyebut perkataan 'luar, dalam, buka, tutup'.
Faham ayat 3 patah perkataan.
Menyebut bunyi h,w,m,n,b,p,f.
Pertuturan difahami sekurang-kurangnya 75% atau 3/4 oleh orang luar.
Boleh bertanya 'siapa', 'siapa punya', 'kenapa', 'berapa'.
Mengunakan kata ganti nama seperti 'saya', 'awak, ' dia' , 'mereka'.
Boleh menggunakan perkataan 'sejuk - panas', 'keras-lembut', 'atas-bawah'.
Menyebut perkataan seperti 'dan, tetapi, atau/ke, fikir/rasa'.
Faham konsep kedudukan. Contoh : sebelah, dalam, sebelah, atas, bawah, luar.
Boleh menjawab 'ya' atau 'tidak' untuk pertanyaan yang diberikan.
Boleh menjawab soalan asas contoh 'siapa, apa mana'.
Mengikut 2 langkah arah yang tidak berkaitan secara berturut. Contoh : pergi ambil bola dan ketuk pintu.
Memahami konsep kuantiti 'sikit', 'banyak', 'satu', 'semua'. Contoh: Beri arahan dan minta anak ambil satu cawan, selepas itu beri arahan dan minta anak ambil semua cawan.
Memahami konsep perbezaan/persamaan. Contoh : Ambil dua baju yang sama warna dan anak ambil dua baju berwarna merah.
Memahami perkataan bukan. Contoh: Beri arahan kepada anak, 'ambil krayon bukan warna biru' dan anak perlu memilih krayon selain warna biru.
Boleh menjawab soalan 'apa' yang memerlukan anak untuk memberi fakta yang mereka tahu atau dengan meneka. Contoh : Anda dan anak melihat gambar budak jatuh dari basikal dan lututnya berdarah, anda tanya 'apa yang jadi dekat budak tu' , anak jawab 'dia jatuh basikal'.
Menjawab soalan tentang fungsi objek dengan betul. Contoh: Pisau guna untuk apa? Anak jawab 'untuk potong'.
Asingkan barang mengikut kategori. Contoh: objek yang besar disimpan dalam satu bekas dan objek kecil disimpan dalam bekas yang berlainan.
Bercerita dan memberi penjelasan dengan berturut untuk sesuatu perkara yang jadi. Contoh: Abang naik basikal.. Lepastu dia… lepas tu pulak...
Lihat, dengar dan memberitahu sesuatu tentang sesuatu buku.
Bermain dengan 2-3 orang kanak-kanak pada masa sama.
Konsisten mencari kawan dan bermain bersama-sama.
Memberi respons kepada anak yang umur lebih kurang sebaya. Contoh : Kanak-kanak lain meminta anak ambil bola, dan anak anda pergi dapatkan bola tersebut untuk rakannya.
Sertai aktiviti berkumpulan yang diketuai oleh orang dewasa.
Tunggu dan beri giliran bersama anak lain.
Memberi galakan atau pujian rakan-rakan sebaya.
Menggunakan permainan sebagai simbolik untuk sesuatu. Contoh: anak berpura menjadikan blok permainan sebagai telefon, letak di telinga dan berpura-pura bercakap seperti menggunakan telefon.
Memberi komen berkaitan dengan situasi semasa bermain. Contoh : Anak berkata 'Diam, baby tengah tidur ni', sambil menepuk anak patung .
Boleh sebut 3 patah perkataan.
Boleh bertanya 'bagaimana' atau ' macam mana'.